SERVICES
A‑Life Signature‑i & A‑Life Signature‑i PlusOne
Perlindungan Hayat
Tempoh Perlindungan
SEHINGGA UMUR 70, 80 DAN 100 TAHUN
Umur Penyertaan
UMUR 18 - 70 TAHUN
Anda boleh membelinya melalui
PERANCANG HAYAT AIA
TITLE



I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. Let your users get to know you.
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. Let your users get to know you.
TITLE
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. Let your users get to know you.
TITLE
MENGENAI PRODUK INI
Keluarga bukan sahaja penting, malah segala-galanya bagi anda. Anda ingin menghapus kerisauan dengan mengetahui bahawa jika sesuatu yang tidak diingini menimpa anda, mereka yang anda sayangi dapat terus mengejar harapan dan cita-cita mereka.
A-Life Signature-i adalah pelan berkaitan pelaburan fleksibel yang direka untuk melindungi gaya hidup mereka yang tersayang jika anda tidak lagi mampu memenuhi tanggungjawab tersebut.
Apabila anda mengambil bahagian dalam pelan A-Life Signature-i plan, suami/isteri atau anak anda (yang berumur 18 tahun ke atas) akan diberi keistimewaan untuk menyertai A-Life Signature-i PlusOne. A-Life Signature-i PlusOne menampilkan faedah yang sama seperti A-Life Signature-i dengan caruman asas 10% lebih rendah dan turut layak mendapat Bonus Kesetiaan pada akhir setiap tahun sijil.
APA YANG DISEDIAKANNYA?
-
PERLINDUNGAN GAYA HIDUP UNTUK KELUARGA ANDA
Pelan ini menyediakan satu bayaran sekaligus untuk keluarga anda iaitu 100% jumlah perlindungan anda jika anda meninggal dunia atau didiagnos mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).
-
PERLINDUNGAN TAMBAHAN BAGI KEMALANGAN
Kami akan membayar 200% daripada jumlah perlindungan jika anda meninggal dunia akibat kemalangan dan 300% daripada jumlah perlindungan jika kemalangan tersebut berlaku semasa menaiki pengangkutan awam.
-
PERLINDUNGAN GANDA DUA KALI SEMASA HAJI DAN UMRAH
Keluarga anda akan menerima satu bayaran sekaligus sebanyak 200% daripada jumlah yang melindungi anda jika anda meninggal dunia semasa mengerjakan Haji atau Umrah.
-
PENDORONG KEMATANGAN
Apabila anda telah tiba di penghujung tempoh perlindungan anda, kami akan membayar sebanyak 100% daripada nilai akaun anda, berserta tambahan sebanyak 20% lagi bagi menandakan berakhirnya tempoh sijil anda.
-
PERLINDUNGAN PENYAKIT KRITIKAL
Anda boleh menggandakan lagi perlindungan anda dengan menambah perlindungan bagi penyakit kritikal kepada pelan ini supaya anda memperoleh kemampuan dari segi kewangan dan dapat menumpukan perhatian untuk pulih jika anda didiagnos dengan penyakit yang mengancam nyawa.
-
PILIHAN PERLINDUNGAN DAN TERMA PEMBAYARAN
Anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh masa perlindungan dan terma pembayaran, bergantung kepada komitmen kewangan anda dan aspirasi anda untuk orang yang anda sayang.
-
TIDAK MEMERLUKAN PEMERIKSAAN PERUBATAN
Anda tidak perlu melalui pemeriksaan perubatan jika perlindungan anda berjumlah RM1.5 juta dan ke bawah.
-
PERKONGSIAN LEBIHAN
Jika terdapat sebarang lebihan daripada dana risiko Takaful pada akhir setiap tahun, AIA PUBLIC akan berkongsi lebihan tersebut dengan para Peserta yang layak pada nisbah 50:50.