top of page

A‑Life Cancer​360‑i

Perlindungan Penyakit Kritikal

Tempoh Perlindungan

SEHINGGA UMUR 80 TAHUN

Umur Penyertaan

14 HARI - UMUR 60 TAHUN

Anda boleh menyertai pelan ini melalui

PERANCANG HAYAT AIA

MENGENAI PRODUK INI

Hasil kemajuan bidang perubatan, kanser kini boleh dirawat. Apabila kos rawatan kanser semakin meningkat, persoalannya kini adalah: adakah anda bersedia dari segi kewangan untuk memerangi kanser? 

A-Life Cancer360-i adalah pelan perlindungan kanser yang lengkap dan menyediakan perlindungan kanser daripada tahap awal hingga ke peringkat yang lebih lanjut.

Sertai AIA Vitality, sebuah program yang unik yang menyokong dan memberi ganjaran secara aktif atas pilihan sihat anda.

Apabila anda menyertai A-Life Cancer360-i dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda akan mendapat faedah tambahan dalam bentuk Bonus Tunai Tahunan. Anda boleh menerima bonus tunai sehingga 50% daripada caruman asas anda yang dibayar untuk A-Life Cancer360-i pada setiap ulang tahun sijil.  

APA YANG DISEDIAKANNYA?

  • PERLINDUNGAN KANSER TAHAP AWAL

     

    Jika anda didiagnos menghidap kanser tahap awal, anda akan menerima satu bayaran sekaligus sebanyak 30% daripada jumlah yang dilindungi. Kami juga akan membayar kepada anda 20% daripada jumlah yang dilindungi pada tahun pertama selepas anda didiagnosis bagi menyokong pemulihan anda.

     

  • POWER RESET

     

    Jika anda membuat tuntutan bagi kaser tahap awal, ciri-ciri Power Reset akan mengembalikan perlindungan anda kepada jumlah penuh selepas setahun anda didiagnosis. Ini membolehkan anda meneruskan perlindungan sepenuhnya terhadap kanser bagi baki tempoh pelan anda.

     

  • PERLINDUNGAN KANSER TAHAP LANJUT

     

    Jika anda didiagnos menghidap kanser pada tahap yang lebih lanjut, anda akan menerima 100% daripada jumlah perlindungan anda dalam bentuk satu bayaran sekaligus supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang anda perlukan. Bagi membantu anda menumpukan perhatian terhadap usaha pemulihan, kami akan membayar anda tambahan 50% daripada jumlah perlindungan anda sepanjang 5 tahun seterusnya. Anda layak mendapat faedah ini walaupun setelah anda membuat tuntutan bagi kanser tahap awal.

     

  • PEMBAYARAN TEMPOH MATANG

     

    Apabila pelan anda berakhir pada umur 80 tahun, kami akan membayar kepada anda jumlah penuh perlindungan anda. Anda layak mendapat faedah ini walaupun anda telah membuat tuntutan bagi kanser tahap awal.

     

  • TIADA TEMPOH MENUNGGU ANTARA TUNTUTAN

     

    Nikmati perlindungan berterusan tanpa tempoh menunggu antara tuntutan.

     

  • PENGUNDERAITAN BERASASKAN KANSER

     

    Kami hanya akan mempertimbangan status perubatan dan sejarah keluarga anda berkaitan kanser semasa menilai permohonan anda.

     

  • BONUS TUNAI TAHUNAN

     

    Anda boleh menikmati Bonus Tunai Tahunan apabila anda menyertai A-Life Cancer360-i dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality. Bonus Tunai Tahunan pertama adalah sebanyak 20% daripada caruman asas anda yang dibayar untuk A-Life Cancer360-i.

     

  • LEBIHAN

     

    Jika terdapat sebarang lebihan daripada dana risiko Takaful pada akhir setiap tahun, AIA PUBLIC akan kongsi lebihan tersebut dengan para Peserta yang layak pada nisbah 50:50. 

bottom of page