top of page

AHLI-AHLI JAWATANKUASA SYARIAH

Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Haji Ab. Majid (Pengerusi) kini merupakan seorang Profesor Emeritus di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.  

​

Beliau menerima Ijazah Syariah daripada Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan dan berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar. Beliau menerima Diploma Pendidikan daripada Universiti 'Ain Syams, Kaherah dan Sarjana Falsafah daripada University of Kent, England. Beliau turut memegang ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti Malaya.

​

Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Haji Ab. Majid menyandang jawatan perunding hal ehwal luar negeri di University Antarabangsa Madinah dan felo Penyelidikan di Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam(ISRA). Beliau telah menerbitkan beberapa buah buku dan menulis pelbagai artikel, jurnal dan kertas kerja penyelidikan mengenai Undang-undang Jenayah Islam, Sejarah Undang-undang Islam dan Prinsip-prinsip Perundangan Islam.

​

Beliau turut menganggotai Jawatankuasa Syariah Public Islamic Bank Berhad.

PROF. EMERITUS DATO’ PADUKA DR. MAHMOOD ZUHDI HAJI AB. MAJID

PROF. MADYA DR. MOHAMAD ASMADI ABDULLAH

Prof. Madya Dr. Mohamad Asmadi Abdullah kini merupakan Profesor Madya di Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM.   Beliau menerima ijazah berkembar iaitu LLB (Sarjana Muda Undang-undang) dan LLB.S (Sarjana Muda Syariah) daripada UIAM. Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Undang-undang Perbandingan daripada universiti yang sama. Beliau turut memegang Ph.D Undang-undang Islam daripada University of Durham, United Kingdom.

Prof. Madya Dr. Mohamad Asmadi Abdullah pernah menjadi Timbalan Dekan di Bahagian Pengurusan Akademik dan Kemasukan, UIAM dan pernah berkhidmat dengan OSK Investment Bank sebagai ahli Jawatankuasa Syariah.

Beliau telah membentangkan pelbagai kertas kerja di dalam dan di luar negara dan telah menghasilkan beberapa artikel dan buku dalam bidang undang-undang keluarga. Bidang pengkhususan beliau adalah Undang-undang Hartanah, Urus Niaga, Perbankan dan Takaful Islam serta undang-undang perbandingan.

Penolong Prof. Dr. Mohd Afandi Awang Hamat kini merupakan Penolong Profesor di Kuliah Ilmu Wahyu  dan Sains Kemanusiaan, UIAM.  Beliau menerima ijazah pertama dalam jurusan Fiqh dan Usul al-Fiqh daripada UIAM dan kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan Ph.D di universiti yang sama.

​

Beliau kini dilantik sebagai ahli jawatankuasa Perjawatan dan Kenaikan dan juga ahli jawatankuasa Peperiksaan UIAM. Beliau juga berperanan sebagai penyelaras bagi Pusat Kajian Islam di universiti tersebut. Dr. Mohd Afandi pernah mewakili UIAM dalam sebuah persidangan di Erfurt University, Jerman bagi membentangkan kertas kerja mengenai Isu-isu Perundangan Islam. 

​

Beliau turut menganggotai Jawatankuasa Syariah Public Islamic Bank Berhad.

PENOLONG PROF. DR. MOHD AFANDI AWANG HAMAT

Prof. Madya Dr. Abdul Bari Awang kini merupakan Profesor Madya di Kuliah Ilmu Wahyu, UIAM.  Beliau menerima ijazah pertama dalam jurusan Fiqh daripada UIAM dan meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam jurusan Fiqh & Usul al-Fiqh di universiti yang sama.

​

Beliau merupakan pemenang anugerah Rakan Perpustakaan Terbaik UIAM pada tahun 2013. Beliau juga pernah dilantik sebagai penyemak bagi Anugerah Buku Terbaik anjuran Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia. Beliau adalah Pemenang Anugerah Gangsa dalam Pameran Penyelidikan, Ciptaan dan Inovasi UIAM (IRIIE) pada tahun 2010 dan 2012.

​

Dr. Abdul Bari kini merupakan Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara' Wilayah Persekutuan, Ahli Lembaga Jawatankuasa Disiplin Pelajar, UIAM, dan penyelaras Diploma Pengajian Islam, UIAM Gombak, Kuantan dan Singapura. 

​

Beliau turut menganggotai Jawatankuasa Syariah Public Islamic Bank Berhad

PROF. MADYA DR. ABDUL BARI AWANG 

Prof. Madya Datin Dr. Rusnah Muhamad kini merupakan Profesor Madya di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya (UM).  Beliau memperoleh ijazah pertama dalam bidang Perakaunan daripada UM dan Ijazah Sarjana Sains Perakaunan dan Kewangan daripada University of Stirling, Scotland. Beliau kemudian menerima Ph.D dalam Perakaunan daripada UM. Baru-baru ini, beliau telah menamatkan pengajian Diploma Eksekutif Syariah di Pusat Pengajian Lanjutan Universiti Malaya dan menerima Anugerah Pelajar Terbaik.

​

Beliau merupakan ahli berdaftar CPA Australia dan berperanan sebagai Pegawai Perhubungan Kampus bagi CPA Australia. Beliau dilantik sebagai Ketua Editor bagi Journal Accounting Perspective yang diterbitkan oleh Jabatan Perakaunan dan Audit Kewangan, UM.

​

Beliau juga aktif menghasilkan pelbagai kertas kerja penyelidikan dalam bidang Perakaunan Kewangan, Perakaunan Islam serta Keagamaan dan Etika. Kertas kerja akademik beliau yang bertajuk "Religiosity and Work Stress Coping Behaviour Among Muslim Employees" telah memenangi Anugerah Kertas Kerja Terbaik pada Persidangan Antarabangsa Pengurusan Daripada Perspektif Islam pada tahun 2007. 

​

Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Syariah Public Islamic Bank Berhad.

PROF. MADYA DATIN DR. RUSNAH MUHAMAD

bottom of page